Pesanan Ikhlas buat rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, berkenaan seorang kafir menghormati azan dan bantu wanita islam - pakdin.my

#DAPantiIslam #LakunanKafirun #MusuhIslam #GolonganMunafik

Saya tersenyum lihat beberpa rakaman video mengenai Guan Eng. Bersungguh benar mereka nak nobatkan Lim Guan Eng sebagai pemimpin mesra Islam. Guan Eng menghentikan seketika PC kerana memeberi laluan kpd azan. Di rakam kan juga Guan Eng membantu seorang suri rumah melayu yg kesukaran membawa beg. Lalu Guan Eng tolong angkat beg tersebut sehingga sampai ke dalam flight.

Kepada Guan Eng saya ucapkan terimakasih kerana menghormati azan orang-orang Islam dan membantu seorg wanita melayu muslim. Manakala kepada kaum muslimin suka saya ingatkan cukup lah sekadar berterima kasih. Namun jgn sampai kamu sayang dan kasih. Jangan sampai kamu nampak org bukan Islam lebih baik dari org Islam. Sedangkan hakikatnya masih ramai orang-orang Islam yg soleh dan baik berbanding hanya segelintir org bukan islam seperti itu. Jangan sampai kita anggap agama org kafir itu sama dengan agama Islam. Kerana fahaman sebegitu membuatkan terbatalnya akidah kita sebagai seorang Muslim. Jangan sampai kita memuji beberapa org kafir yang baik itu sehingga kita memperlekehkan Ulamak dan orang-orang Islam.

Dizaman Nabi pernah orang-orang Yahudi datang bertemu dengan pemuka-muka Kafir Quryish dan berkata kepada mereka “kamu (orang-orang kafir) lebih benar dari orang-orang yang beriman itu”. Walhal ahlul kitab Yahudi itu tahu Nabi Muhammad dan para sahabat baginda adalah golongan yang beriman.

Tahukah kita mengapa Allah wajibkan kita mengulan-ulangi surah Fatihah dalamm setiap rakaat solat?. Antaranya ialah Allah mengajar kita memohon perlindungan dari bersifat dengan sifat Yahudi dan Nasrani. Ini adalah kerana pada akhir zaman akan muncul ummat Muhammad yg ramai tapi berfikrah dan bersikap dengan sikap Yahudi dan Nasrani. Akan muncul orang-orang islam yang akan kagum dengan agama-agama kafirin dan mencela agama sendiri.

Awaslah.. dengan tipudaya zaman.

UMS
Masjid Chanderawasih Kuantan


Rujukan:
https://pakdin.my/?s=dap+islam

https://pakdin.my/?s=lim+guan+eng+islam

UTAMAPOLITIKPesanan Ikhlas buat rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam, berkenaan seorang kafir...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium