Pulak dah! Jangan Terus Lantik Anwar Perdana Menteri – Daim

#BebasAnwarSegera

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin memberi amaran agar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terus dilantik sebagai perdana menteri sejurus kembali ke Parlimen.

Daim, yang mengetuai Majlis Penasihat dalam pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peralihan patut berlaku pada pertengahan penggal dan menyifatkan menukar perdana menteri sekarang sebagai satu tindakan “bodoh.”

“Kalau kita berbohong kepada rakyat, mereka tidak akan percaya pada kita lagi,”katanya dalam wawancara dengan akhbar Singapura, Straits Times.

Katanya lagi, beliau sendiri bertemu dengan Anwar dan memberitahunya: “Anda semua mencuba dalam beberapa pilihan raya dan gagal. Suka atau tidak, Mahathir telah berjaya.”

Anwar dijadual dibebaskan pada 8 Jun dengan ditolak masa hukuman kerana berkelakuan baik.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas kesalahan meliwat yang didakwa penyokongnya sebagai bermotif politik.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan pada ketua PKR itu, yang akan disempurnakan prosesnya hari esok.

Sebelum ini, Mahathir ada menyebut yang beliau akan memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sebelum melepaskannya kepada Anwar. Isteri Anwar pula menjawat jawatan timbalan perdana menteri.

Ahad lalu, Anwar dalam kenyataannya menegaskan sokongan kepada kepimpinan Mahathir, ekoran keresahan berhubung lantikan anggots Kabinet kanan oleh Mahathir yang dikatakan tidak dirunding dengan PKR

————-
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/mahathir

146 Replies to “Pulak dah! Jangan Terus Lantik Anwar Perdana Menteri – Daim

  1. Ketentuan Allah yang terbaik.

    PAS diamanahkan dua buah negeri sepenuhnya untuk ditadbir sebagai sebuah model ‘negara Islam contoh’ sebagai persediaan untuk tugas yang lebih besar (memerintah negara) sekiranya mereka mampu menggalas tugasan terkini (memerintah negeri) dengan integriti dan kompetensi.

    PH diberikan tugas besar mengembalikan semula Malaysia ke landasan sebenar dan membersihkan semula ‘gunung sampah’ yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya. Perpaduan kaum berdasarkan perlembagaan negara adalah cabaran besar untuk dipertahanan dan dipertingkatkan demi membela tahap hidup rakyat yang selama ini tertekan.

    BN dapat belajar konsep ‘first seek to understand than to be understood’ bila berada di posisi pembangkang yang mempunyai peluang dan ruang yang lebih besar untuk mendengar rintihan rakyat dari dekat. Simpati dan empati mereka akan meningkat jika peluang ini diguna sepenuhnya.

    Berhentilah daripada terus saling menyalahkan dan bermusuhan. Rakyat telah membuat keputusan, Allah sudah mentakdirkan. Segala yang berlaku pasti ada kebaikan jika kita orang yang baik dan sentiasa berfikir untuk memberi kebaikan.

    Seperti yang saya katakan sebelumnya, “all is well”, yang menang tidak dapat semua, yang kalah tidak akan hilang semua. Allah Maha Kaya. Allah maha kasih – tanpa mengira warna dan rupa!