SANTIAGO LEBIH RELA DIBAWAH CENGKAMAN AMERIKA – PERTIKAI NAJIB BERBAIK DENGAN CHINA

China menuduh George Soros ‘mengisytihar perang’ terhadap matawang Yuan China.

SELAIN DARI RUSIA, CHINA JUGA AMAT MARAH TERHADAP GEORGE SOROS

 

“Santiago menyifatkan usaha Najib untuk meneroka kerjasama pertahanan yang lebih erat dengan China sebagai suatu kebodohan, kerana Beijing tidak mempunyai niat lain selain menggantikan cengkaman Washington ke atas negara Asia.”

Mr Santiago, mengapa mengatakan lebih baik untuk kita kekal dalam “genggaman Amerika Syarikat”? Ada udang sebalik? batu.

KEBERGANTUNGAN NAJIB KEPADA CHINA MENDEDAHKAN NEGARA KEPADA BAHAYA

Ahli Parlimen Klang memberi amaran usaha berterusan China menggunakan kekuatan ekonomi sebagai leveraj akan menyebabkan Malaysia dicengkam

Malaysia mungkin tidak akan dapat melepaskan diri daripada cengkaman China ekoran kebergantungan kepada kekuatan ekonomi Beijing.

Ahli Parlimen Charles Santiago membayangkan senario itu susulan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke China dan perjanjian yang sudah dan yang akan diumumkan oleh kedua negara.

“Sementara Najib menganggap China ‘kawan sejati’ dan ‘rakan strategik’, Presiden China Xi Jinping umpamakan hubungan China dan Malaysia ‘serapat bibir dan gigi’.

“Kebimbangannya saya suatu hari nanti China akan menggigit Malaysia kerana ia sedar Malaysia dalam cengkaman, sebagai rakan yang lebih memerlukan.

“Sekiranya itu yang berlaku, Malaysia terpaksa patuh kerana takut menyinggung China,” kata Santiago dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat kembali peristiwa tahun lalu, wakil rakyat Klang itu berkata tekanan skandal 1Malaysia Development Berhad dan ancaman insolvensi terhadap syarikat milik kerajaan itu, Najib termakan “janji China akan memberikan wang yang banyak”.

“China sudah pun membantu dengan membeli pelaburan 1MDB yang merugikan.

“Pada November, China General Nuclear Power Corp berkata ia akan membayar sejumlah AS$2.3 bilion (RM9.62 bilion) dalam bentuk tunai dan mengambil hutang yang tidak dinyatakan jumlahnya untuk sekumpulan penjana kuasa daripada 1MDB.

“Beberapa minggu selepas itu, China Railway Construction Corp bersetuju membeli 60% saham dalam projek hartanah Bandar Malaysia milik 1MDDB untuk AS$1.7 bilion (RM7.11 bilion) dalam satu usahasama dengan Iskandar Waterfront Holdings.

“Sekarang ini sah East Coast Rail Link akan dibiaya dan dibina China,” kata Santiago, sambil berkata usaha Najib memikat China membawa pulangan yang besar, termasuk wang tunai.

Bagaimanapun, wakil rakyat DAP itu memberi amaran, ia semua sebahagian daripada usaha berterusan China menggunakan kekuatan ekonomi sebagai leveraj untuk memikat negara Asia Tenggara.

“Semua orang tahu manipulasi kuasa Beijing menyebabkan negara seperti Vietnam, Kemboja dan Filipina bertelagah, dan sekarang mahu tarik Malaysia dalam linkungannya.

“Tetapi saya ingin tahu apa harga yang perlu dibayar, terutamanya berkenaan perkara menyentuh dasar luar negara,” kata Santiago, yang antara lain mengeluh melihat kebisuan Malaysia dalam pertikaian di Laut China Selatan.

Santiago menyifatkan usaha Najib untuk meneroka kerjasama pertahanan yang lebih erat dengan China sebagai suatu kebodohan, kerana Beijing tidak mempunyai niat lain selain menggantikan cengkaman Washington ke atas negara Asia.

Santiago menyifatkan usaha Najib untuk meneroka kerjasama pertahanan yang lebih erat dengan China sebagai suatu kebodohan, kerana Beijing tidak mempunyai niat lain selain menggantikan cengkaman Washington ke atas negara Asia.
Santiago menyifatkan usaha Najib untuk meneroka kerjasama pertahanan yang lebih erat dengan China sebagai suatu kebodohan, kerana Beijing tidak mempunyai niat lain selain menggantikan cengkaman Washington ke atas negara Asia.

137 Replies to “SANTIAGO LEBIH RELA DIBAWAH CENGKAMAN AMERIKA – PERTIKAI NAJIB BERBAIK DENGAN CHINA

Leave a Reply