UtamaNASIONAL@NajibRazak : Pembangkang Cari...

@NajibRazak : Pembangkang Cari Segala Isu Tatkala Musim Pilihanraya Sudah Dekat - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai pada majlis Jamuan Perdana Makan Tengahari 1Malaysia bersama penduduk Telok Kemang, ketika lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tatkala musim pilihan raya semakin dekat, parti pembangkang akan mencari segala isu tanpa mengira isu itu mempunyai fakta yang betul ataupun tidak semata-mata untuk mengurangkan keyakinan atau kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri berkata rakyat mesti tahu membezakan antara fakta dan auta.

“Saya lihat banyak yang diutarakan oleh pembangkang ini bukan fakta tapi auta…tidak boleh pakai,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari yang dihadiri lebih 30,000 orang di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Najib berkata pembangkang tuduh bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai duit haram, pinjam Bank Dunia (IMF) dan rasuah politik tetapi apabila kerajaan buka daftar untuk BR1M, pembangkang turut mendapatkan bantuan itu, kadang-kandang lebih awal daripada penyokong BN.

“Tapi kalau tuduh duit haram dan sebagainya, janganlah terima daripada kerajaan….muka tebal…ini yang saya katakan auta. Kerajaan beri (BR1M) atas fakta iaitu kerajaan kita telah mengurus tabdir negara kita dengan baik dan kita pulangkan hasil kepada rakyat.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita mestilah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat. Salah satu daripada ukuran atau pun penentuan yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan terbuka seperti yang diamalkan oleh negara kita ialah kita mesti membina kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Katanya dalam tempoh tiga tahun ini rakyat dapat melihat satu demi satu pembaharuan diperkenalkan oleh kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar.

Najib berkata melalui pelbagai bantuan, program, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan itu yang boleh mengubah landskap keadaan setempat dan negara pada keseluruhannya, beliau dapat merasakan bahawa keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) telah bertambah.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan kolam renang kem tentera darat di sini.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...