PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    COVID: Jalani pemeriksaan segera jika bergejala, kontak rapat

    Orang ramai digesa menjalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, individu perlu memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

    “Bawa keputusan ujian dan hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

    Beliau berkata CAC akan mengklasifikasi tahap pesakit COVID-19 bagi menentukan pengurusan pesakit yang seterusnya, termasuk kelulusan rawatan di rumah.

    CAC berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai dipantau di rumah dengan penilaian menggunakan Home Assessment Tool (HAT) serta mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk.

    Dr Noor Hisham berkata KKM menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah yang mesti dipatuhi dan diamalkan pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah.

    “CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan tidak sesuai dipantau dari rumah.

    “CAC juga berfungsi untuk menyelaras rujukan dari klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital,” katanya dengan menambah orang ramai boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang dinyatakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

    Beliau memaklumkan secara am, setiap daerah mempunyai satu atau beberapa CAC yang diketuai koordinator, bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan.

    Senarai terkini CAC (sehingga 1 Jun 2021) boleh diakses melalui pautan http://covid-19.moh.gov.my/hotline. — BERNAMA

    Berkaitan

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

    Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

    Terkini

    Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

    Adakah seorang jurutera yang cuai bertanggungjawab melumpuhkan Heathrow?

    George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

    [VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

    [VIDEO] Bas terbakar – 6 jemaah umrah maut di Wadi Qudeid, laluan Madinah-Mekah

    [VIDEO] Runtuhan jambatan di Narathiwat: Seorang maut, tiga cedera

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag
    Berkaitan

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

    Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
    EKONOMI

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    DUNIA