[Video] LPNM bantu pasarkan 125,000 nanas milik pekebun terjejas jualan - pakdin.my

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan membantu memasarkan 125,000 biji nanas milik seorang pekebun yang videonya tular di media sosial baru-baru ini, berhubung dakwaan hasil tanamannya tidak dapat dijual susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. sebelum ini

LPNM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan agensi itu sudah mengenal pasti pekebun berkenaan dan melawat kebun nanasnya seluas kira-kira enam hektar yang kebanyakannya ditanam dengan variasi Moris dan Josapine di Parit Lapis Maimon, Parit Lubok Darat Semerah dekat Batu Pahat, pada 30 Jun lepas.

“Dijangkakan 125,000 biji nanas sedang dan akan dikeluarkan dari kebun tersebut sepanjang tempoh akhir bulan lepas hingga pertengahan Ogos ini. Buah tidak dapat dijual disebabkan peraih atau pemborong tidak mengambil buah di kebun itu seperti biasa disebabkan kekurangan permintaan di pasaran ketika ini.

Susulan itu, LPNM menawarkan bantuan kepada pekebun itu dengan memasarkan dan membuat pemadanan bersama pihak kilang pengetinan nanas, selain akan berusaha mengenal pasti pihak pemborong yang memerlukan buah nanas ketika ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut LPNM mengambil langkah sewajarnya dalam menangani isu pekebun nanas yang terjejas sepanjang penguatkuasaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara termasuk mengeluarkan surat kebenaran pergerakan bagi memudahkan mereka melaksanakan aktiviti pertanian, pemprosesan dan pemasaran.

“Selain itu, LPNM turut mengadakan kerjasama dengan pihak pengilang, membuat pemadanan bersama pihak peraih dan pemborong serta mempergiatkan kempen promosi makan nanas dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

LPNM memberitahu bagi pekebun berdaftar dan aktif, agensi itu sentiasa memantau permasalahan dihadapi terutamanya melibatkan pasaran, namun masalah akan timbul apabila pekebun tidak berdaftar dan tidak aktif serta tidak memaklumkan masalah dihadapi mereka kepada LPNM.

Sehubungan itu, LPNM menyeru pekebun nanas seluruh negara yang menghadapi masalah pasaran supaya menyalurkan aduan di pejabat LPNM negeri, melalui e-maklum balas LPNM di www.mpib.gov.my/fms atau melalui Facebook rasmi LPNM bagi membolehkan agensi itu mengambil tindakan segera.

Baru-baru ini, tular satu video di Instagram bertarikh 29 Jun 2021 menunjukkan seorang pekebun yang menjalankan aktiviti penanaman nanas lebih 10 tahun mendakwa tidak berpuas hati dengan pelaksanaan PKP 3.0 sebelum ini yang menyebabkan beliau tidak dapat menjual dan memasarkan hasil tanamannya.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA LPNM bantu pasarkan 125,000 nanas milik pekebun terjejas jualan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium