PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Malaysia berupaya hasilkan vaksin COVID-19 tempatan – Adham

    KOTA TINGGI  — Malaysia mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan mengembleng tenaga para saintis di negara ini yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan awam untuk melakukan inovasi terutamanya dalam pembinaan dan penghasilan vaksin.

    Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara mencegah wabak itu daripada terus menular.

    Sehubungan itu katanya beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa MOSTI akan memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin COVID-19.

    “Penghasilan vaksin pertama dalam negara sangat penting, kita kena bergerak ke hadapan dan perlu yakin kerana kita mempunyai para saintis yang boleh digembleng tenaga untuk membuat ‘breakthrough’ dalam inovasi dan ‘penemuan saintifik’,” katanya.

    Ahli Parlimen Tenggara yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Isnin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Program Penyerahan Pelitup Muka di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

    Sementara itu Dr Adham berkata pihaknya merancang untuk membuat ‘perjanjian dua hala’ dengan negara lain yang telah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 termasuk China, India dan Thailand.

    Beliau pada masa sama menjelaskan akan mengadakan lawatan ke sebuah kilang ‘fill and finish’ vaksin CanSino di Kuala Lumpur Isnin ini.

    “Salah satu tanda awal bahawa kita boleh menghasilkan vaksin adalah dengan mewujudkan kilang ‘fill and finish’ ini.

    “Vaksin yang kita akan hasilkan perlu dibotolkan, jadi telah ada teknologi ‘fill and finish’ ini, namun perlu dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah