Remaja 18 Tahun, Chua Hsing On Maut Kereta Rempuh Tembok - pakdin.my


+++++

Di Petaling Jaya, seorang remaja maut selepas kereta yang dipandunya, merempuh tembok plaza tol Damansara, awal pagi tadi.

Mangsa, Chua Hsing On, 18 tahun, yang cedera parah di dada dan kaki, maut di tempat kejadian.

Kereta mangsa dikatakan dipandu laju dan hilang kawalan sebelum merempuh tembok penghadang di tol terbabit.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta yang remuk.

Bomba dan penyelamat dari Balai Bomba SS2 Damansara yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh setengah jam.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

 

UTAMABERITARemaja 18 Tahun, Chua Hsing On Maut Kereta Rempuh Tembok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium