26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

2,238 Cawangan MIC Kemukakan Pencalonan

mic-krisis

Sejumah 2,238 cawangan MIC daripada puak Datuk Seri G.Palanivel pada Khamis memfailkan pencalonan untuk pemilihan cawangan parti itu, menurut pegawai parti bekas presiden itu.

Ketua Penerangan MIC daripada puak Palanivel, L. Subramaniam mendakwa 2,238 cawangan daripada 10 negeri telah mengemukakan pencalonan masing-masing.

“Di Kedah 220 daripada 290 cawangan memfailan pencalonan, Pulau Pinang (102/230), Melaka (61/130), Negeri Sembilan (222/312), Johor (346/528), Pahang (168/208).

Selangor (550/960), Perak (421/720), Perlis (13/33) dan 135 cawangan di Wilayah Persekutuan, katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.


Pada 29 Jun lepas, Palanivel, yang menegaskan bahawa beliau masih menjadi presiden MIC, menetapkan 15 dan 16 Julai ini untuk pencalonan cawangan tetapi setiausaha agung yang dilantik oleh Palanivel, Datuk S. Sothinathan, mengubah tarikh itu kepada Khamis.

Proses pencalonan bermula pukul 5 petang hingga 8 malam.

Sivasubramaniam mendakwa terdapat MIC mempunyai 3,954 cawangan di seluruh negara dengan 454 cawangan dibubar.

Ketika dihubungi, Sothinathan berkata pencalonan peringkat cawangan berjalan lancar.

“Sesiapa sahaja menyokong Palanivel mengemukakan pencalonan mereka hari ini,” katanya.

Di Pahang, Pengerusi MIC Negeri, K. Tamil Selvam berkata 168 daripada 208 cawangan mengemukakan pencalonan di ibu pejabat negeri di Mentakab.

Sementara itu, Pengerusi MIC negeri Pulau Pinang, M. Karuppanan pula berkata tiada pertandingan dalam pemilihan cawangan di negeri itu.

Di Johor pula, Ketua Pemuda MIC Negeri, S. Deva berkata cawangan-cawangan di negeri tersebut yang mula mengambil borang pencalonan pada 5 Julai lepas, telah menghantar borang pencalonan di tiga lokasi sekitar negeri ini, iaitu Dewan Desa Rehat Tampoi, Johor Baharu; Dewan Raya Yong Peng; dan Pejabat MIC Bahagian Ledang.

“Sebanyak 66 peratus cawangan di negeri ini menghantar permohonan, sekali gus menunjukkan sokongan akar umbi MIC yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Palanivel,” katanya.

Dalam pada itu, pencalonan cawangan yang dipanggil oleh Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan bermula selama tiga hari, mulai Jumaat.

Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapatan antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis lepas dengan meminta parti itu mengadakan pemilihan semula parti.


RoS membatalkan pemilihan parti pada 2013 berikutan terdapat penyelewengan dalam proses pemilihan.

Palanivel dan empat pegawai MIC kemudian merujuk keputusan RoS di mahkamah dan tindakan itu menyebabkan Palanivel dan empat pegawai itu hilang keanggotaan parti berdasarkan Artikel 91 Perlembagaan MIC.

Pada 25 Jun lepas, surat RoS kepada setiausaha agung MIC daripada CWC Interim 2009, A. Sakthivel menyatakan Palanivel sudah hilang keanggotaan parti dan tugasnya akan diambil alih oleh Dr Subramaniam sebagai pemangku presiden.

Pada 6 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan injuksi sementara oleh pengerusi cawangan MIC Ampang Jaya, Datuk N. Maneanay @ Muneandy untuk menghalangkan Palanivel daripada menjalankan tugasnya sebagai presiden parti.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.