Antara ‘Cerai’ Nasha Dan ‘Nusyuz’ Karpal

Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.
Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

MACAM-MACAM istilah, hukum, perumpamaan dan kiasan sering kali digunakan dalam dunia politik bagi menggambarkan keadaan dan situasi semasa.

Paling menarik apabila hukum nikah dan perkahwinan begitu mudah dijadikan kiasan dalam politik.

Paling klise kini ialah istilah cerai dan talak khusus bagi menggambarkan pengakhiran sebuah kemelut dalaman apabila menyaksikan hukuman pecat sebagai ahli atau pengguguran daripada sesuatu jawatan dan kedudukan dalam sesebuah organisasi terpaksa diambil.

Tidak keterlaluan apabila hukum-hukum berkenaan dilihat begitu dekat dengan PAS tatkala parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan itu berhadapan dengan masalah.

Terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara bersahaja menyifatkan pengguguran bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Ulama tidak ubah seperti perihal penceraian antara pasangan suami isteri.

Namun sedikit berbeza dalam kes Nasharudin, apabila lafaz cerai sudah dibuat namun hukum talak masih belum jatuh.

Berkali-kali Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa PAS sudah ‘menceraikan’ atau menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama namun Ahli Parlimen Bachok itu masih kekal sebagai ahli PAS yang sah.

“Ikut dia lah (Nasharudin), yang pasti dia sudah digugurkan, surat tak sampai tu masalah kedua.

“Bila lafaz cerai dah dilafazkan, surat cerai tak mari (datang) pun tetap gugur,” kata Nik Abdul Aziz baru-baru ini berhubung kenyataan Nasharudin yang mempersoalkan mengenai surat rasmi penggugurannya sebagai ahli badan tertinggi parti itu.

Sehari selepas itu, Nik Aziz sekali lagi dengan tegas menyatakan beliau tidak kisah sekiranya Nasharudin meninggalkan parti itu dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau menyifatkan isu Nasharudin seperti seorang lelaki menceraikan isterinya, selepas itu siapa sahaja bebas untuk mengambil wanita tersebut untuk menjadi isteri.

“Macam orang cerai bini dia, selepas itu mana-mana lelaki lain nak buat bini ambillah,” katanya.

Itu perihal rumah tangga PAS membabitkan Nasharudin yang digugurkan daripada Majlis Syura Ulama dengan alasan pemecatan menyatakan bahawa beliau terpaksa digugurkan kerana kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

‘Keistimewaan’ Karpal

Lain pula perihal membabitkan hubungan PAS dengan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya DAP.

Hubungan yang terjalin antara kedua-dua parti itu dilihat begitu ‘kukuh’ walaupun dasar kedua-dua parti ini bagaikan langit dengan bumi.

Berdasarkan pengamatan biasa, layanan yang diberikan PAS kepada Nasharudin dan DAP khususnya pengerusi parti itu, Karpal Singh dilihat sangat berbeza.

Mana tidaknya, PAS begitu mudah ‘menceraikan’ Nasharudin dengan alasan gagal memberikan komitmen dan kenyataan yang disifatkan membelakangkan parti.

Tapi persoalannya apa kurangnya kenyataan Karpal yang begitu konsisten dan tegas menolak pendirian PAS berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Ahli akar umbi PAS di peringkat kawasan turut tertanya-tanya tentang ‘layanan istimewa’ kepimpinan mereka terhadap Karpal dalam isu yang cukup dekat dengan sensitiviti umat Islam ini.

Kata mereka, kenapa tiada ‘hukuman’ dijatuhkan kepada Karpal kerana beliau secara terbuka dan lantang mempersoalkan pendirian dan keputusan PAS.

“Kalau dalam nikah kahwin Karpal ni sudah dianggap nusyuz (keingkaran isteri mentaati perintah suami).

“Jadi bila sudah sampai tahap nusyuz sesuatu perkahwinan itu boleh dibubarkan (cerai). Tapi sampai sekarang PAS dengan Karpal nampak bahagia saja,” kata seorang ahli PAS dari Selangor.

Sudah berkali-kali dilaporkan kenyataan terbuka Karpal yang mendesak agar PAS menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Presiden gabungan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana kepemimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju menerima keputusan Majlis Syura PAS.

Malah sebelum kedua-dua parti itu menyunting antara satu sama lain untuk menjalinkan kerjasama politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, Karpal turut pernah mengguris hati penyokong PAS dan umat Islam apabila beliau dilaporkan berkata agar langkah mayatnya dahulu jika mahu mendirikan negara Islam.

Hukuman politik

Jadi kebanyakan ahli PAS sendiri melihat semacam ada yang tidak kena dengan dasar dan sistem yang diamalkan kepimpinan tertinggi PAS.

Bagi mereka, tahap hukuman yang dijatuhkan kepada Nasharudin dan layanan yang diberikan kepada Karpal sangat tidak setimpal.

Sebagai ahli akar umbi, mereka sedia maklum mengenai matlamat untuk mengambil alih Putrajaya selepas pilihan raya akan datang namun pada masa yang sama tidak mahu maruah dan prinsip parti tergadai.

“Maruah dan prinsip kita (PAS) lebih penting, jangan sampai dipijak-pijak. Mengapa kepimpinan masih lagi bekerjasama dengan parti yang tidak tahu cara nak hormati dasar rakan mereka?,” soal seorang lagi pemuda PAS.

Secara tafsiran mudah, PAS terpaksa menyekat kemaraan dan pengaruh Nasharudin dalam parti itu sendiri kerana tidak mahu corak pemikiran beliau yang dilihat lebih terbuka khususnya dalam pembangunan ummah tanpa dibatasi fahaman politik akan diterima oleh ahli PAS sendiri.

Namun disebalik ketegasan itu, PAS juga terpaksa bertolak ansur dengan DAP kerana tidak mahu ditinggalkan dalam bahtera menuju ke Putrajaya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...