4 Kenderaan Hancur Dihempap Papan Iklan Di Pulau Pinang (video) - pakdin.my

4 Kenderaan Hancur Dihempap Papan Iklan

Kejadian empat buah kereta remuk selepas ditimpa sebuah papan iklan yang tercabut dari tingkat lima sebuah pusat perniagaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, kerana pemilik dan penumpang tidak berada dalam kenderaan terbabit.

Kejadian berlaku di Sungai Dua, Pulau Pinang kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Papan iklan seberat 200 kilogram itu dipercayai terjatuh kerana hujan dan ribut.

Ia menimpa empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bangunan “Krystal Point” ini.

Kereta jenis BMW, Citroen, perodua Myvi dan kelisa yang ditimpa papan iklan ini remuk sepenuhnya.

Hentaman yang kuat juga menyebabkan jalan raya dan konkrit bangunan pecah.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri, Abdul Rahim Ismail berkata, anggotanya tiba di lokasi 20 minit selepas kejadian.

Katanya, blok konkrit yang dipercayai tapak papan iklan turut menimpa kenderaan terbabit.

Kawasan kejadian dikosongkan serta-merta dan papan iklan yang masih tersangkut di tingkat lima dialihkan segera.

Pemilik kereta terbabit telah dikenalpasti dan dimaklumkan mengenai kejadian.

 

 

UTAMABERITA4 Kenderaan Hancur Dihempap Papan Iklan Di Pulau Pinang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium