Fenomena alam cukup indah menghiasi langit di sekitar Britain dan Ireland.
Aurora, fenomena yang jarang-jarang berlaku ini ibarat satu pertunjukan formasi cahaya pelbagai warna.
Kali ini ia dapat disaksikan di County Donegal, Ireland, pergunungan Brecon Beacon di Wales dan Northumberland, England.
Aurora berlaku apabila arus magnetic solar memasuki medan magnetik bumi dan menarik elektron oksigen dan nitrogen.
Variasi warna yang terbit daripada keadaan ini bergantung kepada jenis zarah gas yang berlanggar antara satu sama lain.
Lazimnya ia menghasilkan cahaya hijau dan merah jambu.