Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

BEERSIH 2.0 – Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong Peringatan Terakhir - pakdin.my

BEERSIH 2.0 – Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong Peringatan Terakhir - pakdin.my

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram pada 9 Julai ini merupakan peringatan terakhir kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata titah Tuanku Mizan jelas menunjukkan betapa seriusnya perkara itu kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian serta imej negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata perkembangan dan agenda perhimpunan itu, yang tidak sihat sehingga menjadi bahan berita antarabangsa, tidak menyenangkan Yang di-Pertuan Agong sehingga Seri Paduka terpaksa mengeluarkan titah khas bagi menyedarkan rakyat.

“Ini menunjukkan bahawa perkara ini serius. Saya berharap agar rakyat dapat melihatnya secara serius kerana tak mungkin Tuanku bertitah begitu rupa, (begitu juga) Raja-Raja kita yang lain selain ingatan-ingatan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong bertitah menyeru rakyat negara ini tidak terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

Seri Paduka bertitah bahawa sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun perlu menyelesaikan permasalahan yang timbul secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata titah khas Tuanku Mizan itu tepat pada masanya ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sendiri terus memujuk dan menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan itu.

Sultan dan Raja-Raja Melayu juga diberi taklimat berhubung kait dengan aktivi gabungan NGO itu yang cuba memporak-perandakan kestabilan negara, katanya.

Hishammuddin berkata polis sedia menghadapi anasir subversif dengan kaedah tersendiri termasuk menahan mereka yang terlibat di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku.

BACA juga  Pas tidak akan menyertai PH, kata Takiyuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata titah Tuanku Mizan berhubung perhimpunan haram itu harus diberi perhatian pihak yang merancang berbuat demikian.

Beliau berkata mana-mana pihak termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil seharusnya mengadakan perbincangan dan dialog secara aman dalam prinsip kesederhanaan bagi mengatasi sebarang isu mengenai pilihan raya.

“Isu itu (pilihan raya) tidak harus dipolitikkan khususnya oleh parti-parti pembangkang yang dilihat mulai tidak berpuas hati selepas mereka mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Koh, yang juga Presiden Gerakan, berkata pihak pembangkang dilihat akan membantah kemenangan lawannya sekiranya mereka mengalami kekalahan dalam sebarang pilihan raya sejak 30 tahun lepas dan mereka hanya berpuas hati apabila mereka menang.

“Apabila pembangkang iaitu Lim Kit Siang (DAP) menang besar di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, mereka diam tetapi kita (Barisan Nasional) kalah tetap tidak marah kepada rakyat dan menerima kekalahan itu,” katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta rakyat supaya sedar bahawa penganjur perhimpunan haram tidak ikhlas dalam menyelesaikan tuntutan mereka yang kononnya mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Timbalan Presiden MCA itu berkata rakyat tidak boleh membiarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan pihak pembangkang dalam mencapai hasrat mereka untuk menumbangkan kerajaan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memanggil Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga untuk berunding mengenai tuntutan mereka, tetapi ditolak dengan angkuh oleh mereka.

“Ini dapat kita lihat mereka lebih suka buat demonstrasi daripada menyelesaikan masalah, rakyat perlu lihat sekarang siapa yang mahu dan bersedia selesaikan masalah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandam antara Kementerian Kesihatan dan Universiti Tunku Abdul Rahman di kampus Utar Sungai Long di sini.

BACA juga  Mahathir’s Kungfu versus Najib’s Taichi

Katanya adalah mustahil bagi penganjur itu menepati janji bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman kerana ada banyak anasir negatif yang akan mengambil kesempatan dan melakukan provokasi.

“Demonstrasi jalanan bukanlah jalan penyelesaiannya sebab kita ada saluran yang betul untuk selesaikan masalah,” katanya

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

Kerabu Bronok, Makanan Wajib Dicuba Bila Kunjungi Langkawi

Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan, malahan mempunyai rahsia di sebalik hidupan laut yang masih belum diketahui ramai di pulau itu. Ia adalah...

Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163803

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

TERKINI

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303