Apa lagi NGO Dapur Jalanan mahu ? - pakdin.my

dapur-jalanan

Dalam pada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memaklumkan pertemuan dengan 12 Badan Bukan Kerajaan‎ (NGO) Dapur Jalanan di Putrajaya pagi tadi berjalan dengan lancar, lain pula kata mereka selepas pertemuan itu pada sebelah petang.

NGO Dapur Jalanan dilihat terus berdegil dan akan melanggar arahan atau persetujuan yang di capai bersama dengan KWP.

Tidakkah mereka faham usaha yang diambil kerajaan dalam memastikan ibu negara bersih daripada gelandangan dan pengemis ?

Malah majoriti pengemis yang ditemui pula terdiri daripada warga asing dan bukannya rakyat tempatan.

Koordinator Dapur Jalanan, Mandeep Singh dalam sidang media petang tadi berkata, pihaknya tidak akan berganjak walaupun larangan pemberian makanan percuma dalam lingkungan 2 kilometer akan dikuatkuasakan kerajaan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, Dapur Jalanan akan terus beroperasi seperti biasa di Jalan Panggung, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan tidak kisah jika dikenakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kami tidak akan berpindah. Nak saman? Teruskan,” tegasnya.

Dengan kenyataan ini, nampak sangat NGO Dapur Jalanan tidak takut dengan tindakan undang-undang malah keputusan itu dilihat bakal menjerut leher mereka sendiri.

NGO Dapur Jalanan juga menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan hasil mesyuarat kononnya tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.

Jika tidak berpuas hati kenapa tidak dibangkit dalam sesi pertemuan pagi tadi ?

Kenapa dalam sidang media berasingan baru hendak kata macam-macam ?

Inilah dasar NGO yang tidak berani berdepan dengan sesuatu isu dalam mencapai kata sepakat sebaliknya lebih berani cakap belakang-belakang.

UTAMAApa lagi NGO Dapur Jalanan mahu ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium