Krisis MB Selangor: Khalid teruskan tugas tadbir negeri bersama 4 Exco dari PAS - pakdin.my

khalid-sultan-selangor-majlis-diraja

SHAH ALAM: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor perkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong Khalid tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP.

Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

“Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Khalid teruskan tugas tadbir negeri bersama 4 Exco dari...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium