Menteri arah siasat kesilapan berita TV1 - pakdin.my

tv1-ijazah-jenazah

Beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1 mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengarahkan kementeriannya agar menyiasat insiden tersebut secara terperinci.

Beliau berkata kesilapan itu akan diteliti sama ada ia berpunca daripada kelemahan pihak teknikal atau tidak disengajakan kerana selaku penyiar nasional, insiden itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya minta supaya ada satu sistem menghukum mereka yang melakukan kesalahan sama ada ia berbentuk kecuaian atau sesuatu yang boleh menjatuhkan imej RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2014 di Bukit Jalil, Ahad.

Kesilapan itu dikesan berlaku ketika siaran langsung berita di TV1 semalam.

Kesilapan itu juga menjadi viral di media sosial terutama di Facebook dan mendapat pelbagai komen.

UTAMAMenteri arah siasat kesilapan berita TV1

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium