Guru Maut Langgar Plaza Tol Seafield - pakdin.my

Guru Maut Langgar Plaza Tol Seafield

Seorang guru maut serta-merta dalam usahanya mengelak daripada merempuh sebuah lori, menyebabkan Perodua Kancil yang dipandunya merempuh tiang di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Elite.

Guru berkenaan, dikenal pasti sebagai Norazwa Abd Raman, sedang memandu ke arah Kolej Kejururawatan Assunta di Petaling Jaya dari Bandar Saujana Putra apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengahari Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, guru berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori menyebabkan keretanya tidak dapat dikawal dan terbabas merempuh tiang di plaza tol.

“Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Kami telah memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai kemalangan itu.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kira-kira lapan anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Pengendali plaza tol tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berada dekat dengan perlanggaran,” katanya, sambil menambah ahli bomba telah mengeluarkan mayat daripada kereta Kancil.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu.

UTAMABERITAGuru Maut Langgar Plaza Tol Seafield

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium