Malah, Pilihan Malaysia terlebih dulu mengejutkan Liverpool dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 menerusi penyerang import PKNS FC, Patrick Ronaldinho.

Pemain sayap The Reds, Jordan Ibe bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi rembatan deras yang menerjah penjuru kanan pintu gol pasukan negara.