UtamaNASIONALRamai Rakyat Malaysia Sertai...

Ramai Rakyat Malaysia Sertai Katibah – Sumber Perisikan - pakdin.my

bom-jakarta-kawalan-ketat-kuala lumpur 2

Penglibatan rakyat Malaysia dalam Katibah Nusantara, sebuah sel baharu yang ada kaitan dengan kumpulan miltan IS, meletakkan polis Malaysia dalam keadaan kesiapsiagaan tahap tertinggi.

Sumber perisikan telah mengenal pasti lebih 200 pejuang dari Indonesia dan Malaysia yang menyertai sel tersebut.

“Sel serpihan kumpulan pengganas ini mula dikenali dalam hierarki IS.

“Selain dipilih untuk melakukan tugas kecil seperti kerja pembersihan, pejuang Katibah amat dikehendaki untuk menyertai ‘misi khas’ termasuk sebagai penembak tepat dan pengebom berani mati,” kata sumber kepada The Star pada Sabtu.

Katibah pernah berada di bawah pemantauan agensi perisikan dua tahun lalu ketika ia dikenali sebagai Majmu’ah al Arkhabiliy.

Sel tersebut yang ditubuhkan dengan 100 anggota berpangkalan di Raqqa, Syria, beroperasi dengan model yang ditetapkan semasa perang di Afghanistan.

“Pejuang Malaysia dan Indonesia ditempatkan di dalam sebuah kompleks pangsapuri bersama keluarga mereka.

“Memandangkan ia semasa perang di Afghanistan, militan dari Malaysia, Indoensia dan ada kalanya dari Singapura berkumpul bersama-sama untuk membentuk kelompok dari Asia Tenggara kerana bercakap dalam bahasa yang sama,” kata sumber itu.

Pejuang Katibah cuba membina kawasan perkhemahan mereka ‘dekat dengan rumah’.

“Mereka berpangkalan di Raqqa yang menggambarkan mini Malaysia atau Indonesia. Bukan sahaja mereka bercakap bahasa yang sama tetapi mereka boleh memasak hidangan yang sama,” kata sumber lain yang memahami selok-belok operasi kumpulan tersebut.

Anggota yang baharu tiba di Syria kebiasaannya akan diberi latihan senjata selama sebulan.

“Jika mereka datang bersama keluarga, keluarga mereka akan ditempatkan di sebuah pangsapuri manakala golongan lelaki akan menjalani latihan ketenteraan,” kata sumber itu lagi.

Menurut kajian yang dilakukan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Katibah memperluaskan operasi merekrut anggota baharu menerusi video dan risalah yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

“Kempen itu kini mencapai matlamat terbaharu dengan menggunakan kanak-kanak di Indonesia dan Malaysia untuk menyebarkan propaganda IS terutamanya di laman media sosial.

“Katibah Nusantara mungkin mendapat kepentingan dalam matlamat strategik IS untuk mewujudkan jawatan khalifah di seluruh dunia,” demikian menurut kajian itu.

Ia turut menunjukkan pejuang yang bertutur dalam Bahasa Melayu juga disatukan atas beberapa sebab.

Ini termasuk beberapa fakta bahawa mereka adalah dari Asia Tenggara, kediaman kepada sebilangan besar penduduk Islam Sunni di dunia.

Kira-kira 30 kumpulan militan di rantau ini sudah mengangkat sumpah setia kepada IS.

Pakar perisikan memberi amaran bahawa anggota militan yang kembali ke negara masing-masing memainkan peranan penting dalam memperluaskan operasi dan melancarkan serangan, serupa dengan insiden yang berlaku di Jakarta, Khamis lalu.

“Pihak berkuasa kini lebih berwaspada dan memantau anggota militan yang pulang ke negara masing-masing.

“Anggota militan yang berpengalaman kembali pulang berbekalkan pengalaman dalam pertempuran dan kepakaran mereka akan dieksploitasi sepenuhnya oleh IS,” kata sumber perisikan.

Menurut sumber, kepakaran pejuang yang berpengalaman dan anggota baharu direkrut selain simpati memberi ancaman lebih berbahaya kepada rantau ini.

Dalang kepada ancaman tersebut adalah bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad.

Dr Mahmud dilaporkan dalam senarai individu dikehendaki kerana penglibatan dalam IS yang merancang untuk menyatukan sel pengganas yang berbeza di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Ia termasuk menggabungkan kumpulan Abu Sayyaf dan beberapa kumpulan lain di rantau ini secara rasmi untuk membentuk cabang IS di Asia Tenggara.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988