71 Maut Dalam Nahas Pesawat Rusia - pakdin.my

SEBUAH pesawat Rusia terhempas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 65 penumpang maut dan enam kru penerbangan terkorban.

Sumber perkhidmatan kecemasan memberitahu Interfax, tiada mangsa dapat diselamatkan daripada insiden terbabit.

Pesawat tersebut baru berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow untuk ke pergunungan Urals, menurut laporan media Rusia.

Pesawat Saratov An-148 sedang dalam perjalanan ke Orsk yang terletak di Orenburg Oblast ketika kapal terbang itu tiba-tiba hilang daripada radar.

Kapal terbang terbabit kemudiannya dilaporkan terhempas di luar Moscow.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata, pihaknya sedang menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

UTAMABERITA71 Maut Dalam Nahas Pesawat Rusia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium