UtamaGAYA HIDUPJenayah Siber: Kerugian RM64...

Jenayah Siber: Kerugian RM64 juta dalam tempoh 3 bulan bagi tahun 2019 - pakdin.my

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkukuhkan kerjasama bagi membendung dan memerangi jenayah siber dengan menubuhkan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM-SKMM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, jawatankuasa itu menjadi platform rasmi dalam mengerakkan usaha bersepadu memerangi ancaman jenayah siber seperti sindiket Macau Scam yang merekodkan nilai penipuan ‘ratusan juta ringgit’.

Katanya, jawatankuasa itu akan merangka gerak kerja dan tindakan memerangi ancaman jenayah siber seperti penyamaran; cetak rompak digital; judi dalam talian; hasutan; ugutan; berita palsu termasuk status di laman sosial berkaitan kaum dan agama yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Jika tidak ditangani dengan efisien, kadar kerugian mangsa penipuan siber mungkin akan terus meningkat, ditambah lagi sikap masyarakat yang mudah dijadikan mangsa dan hanya membuat laporan polis setelah ditipu,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak selepas bermesyuarat hampir dua jam di SKMM, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kerugian mangsa akibat jenayah siber pada 2017 adalah RM266 juta dan meningkat kepada RM398 juta pada tahun lepas, dan kerugian yang direkodkan bagi tiga bulan pertama tahun ini pula menjangkau RM64 juta.

Mengenai isu berkaitan kaum dan agama yang semakin menjadi-jadi di media sosial, Mazlan berkata, tindakan yang mungkin hanya untuk ‘mengusik’ itu boleh membawa padah kepada individu terbabit kerana perbuatan memuat naik status yang mengganggu sensitiviti dipantau 24 jam sehari.

Melalui kerjasama dengan SKMM, katanya, ia dapat memantapkan usaha PDRM memburu dan menahan individu yang memuat naik status sedemikian yang sebelum ini mungkin sukar ditangkap jika mereka memadam atau menggunakan profil berlainan ketika melakukan jenayah itu.

“Jangan hendak cuba-cuba sebab kita ada undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan dan tangkapan akan dilakukan dengan lebih pantas dengan penubuhan jawatankuasa ini,” katanya.

Sementara itu Al-Ishsal berkata, SKMM akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha membanteras jenayah siber bagi melindungi pengguna internet dalam negara termasuk dalam isu berkaitan ketenteraman awam di media sosial.

Mengenai sama ada SKMM menyekat penularan video insiden tembakan yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand di internet dan media sosial, beliau berkata perkara itu dilakukan sendiri oleh pengendali-pengendali platform media sosial.

Al-Ishsal berkata, SKMM juga tidak bercadang menyekat permainan ‘games’ peperangan dalam talian selagi kandungan permainan itu mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan. Isu permainan dalam talian termasuk PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) menjadi perhatian selepas segelintir pihak mendakwa permainan berunsur penembakan secara dalam talian itu mirip insiden serangan bersenjata di Christchurch, sehingga mengorbankan 50 nyawa. – Bernama

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...