UtamaNASIONALHukum Hudud Tidak Dapat...

Hukum Hudud Tidak Dapat Dilaksanakan Dalam Tempoh Terdekat – Salahuddin - pakdin.my

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan… semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sekarang bukan masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.

“Suasana kondusif yang saya maksudkan ialah daripada aspek perundangan,” katanya.

Justeru beliau menggesa pimpinan PR memberi tumpuan memenangi PRU kerana ia merupakan matlamat utama mereka.

“BN sudah 50 tahun memerintah, namun mereka tidak dapat laksanakan. Sejak 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan setahun kita memerintah Terengganu pun, hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana situasinya tidak kondusif,” katanya.

Bagaimanapun, pemimpin PAS itu berkata perkara tersebut boleh dibincangkan selepas PR mengambil alih kerajaan pusat termasuk mengadakan referendum di kalangan rakyat untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Kita boleh buat referendum jika diperlukan kelak untuk melihat pandangan rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula memberi amaran agar pemimpin PR berhati-hati dan tidak terperangkap dengan isu yang cuba dimainkan parti lawan kerana ia akan hanya memporak-perandakan pakatan pembangkang.

“PR akan berakhir jika pemimpinnya tidak berhati-hati dan terperangkap dalam isu yang tidak penting pada masa ini.

“Lebih elok jika kita tumpukan kepada usaha untuk memperkuatkan jentera pada PRU akan datang,” katanya.

Pada Khamis, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU