#HPU914: Infografik palsu untuk gagalkan Muafakat Nasional tersebar - pakdin.my

Belum pun sampai tempoh 24 jam Pas dan UMNO menandatangani piagam muafakat nasional semalam, satu infografik palsu dikesan disebarkan oleh pihak tertentu melalui media sosial.

Infografik yang tular selepas usai sahaja Himpunan Penyatuan Ummah itu dilihat cuba memberikan persepsi buruk bahawa kerjasama kedua-dua parti terbesar melayu islam itu hanya menguntungkan UMNO berbanding PAS.

Menurut infografik itu, Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diletakkan dikedudukan tertinggi sebagai Penasihat, diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut difitnah menggalas jawatan Presiden gabungan tersebut.

Sementara itu, semakan yang dilakukan mendapati infografik tersebut adalah palsu dan kemungkinan dibuat untuk menimbulkan rasa kurang selesa dikalangan ahli Pas.

UTAMAPOLITIK#HPU914: Infografik palsu untuk gagalkan Muafakat Nasional tersebar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium