Kenapa Tun Daim Zainuddin bertindak melebihi Perdana Menteri? Baru-baru ini, Daim yang hanya merupakan penasihat kerajaan PH bertemu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa lawatan ke Terengganu. Beliau turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kini rakyat Malaysia semakin keliru, adakah Daim atau Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia? Tambahan pula, Daim telah di “cop” ramai pihak sebagai penyamun yang menyamun harta UMNO. Bagaimana pula seorang yang menyamun duit rakyat menjadi individu yang paling berkuasa dalam kerajaan PH? Perkara ini mengusarkan ramai pihak.

Ketika Hadi menjadi menteri besar Terengganu pada 1999 Daim adalah penasihat ekonomi kerajaan persekutuan. Isu panas timbul dimana Kerajaan PAS Terengganu pada masa itu telah “bertelingkah” dengan kerajaan persekutuan dan firma minyak negara Petronas kerana tidak membayar royalti minyak. Ini bermakna ada duri dalam hati.

Adakah kemenangan “Hatrik” Barisan Nasional dalam tiga Pilihan Raya Kecil mendorong pertemuan antara Daim dan PAS? Persoalannya mengapa Daim? Beliau bukan PM. Daim hanyalah penasihat yang sebelum ini dikaitkan sebagai penyamun yang menyamun harta UMNO.

Baru-baru ini juga Daim menegaskan kerajaan Pakatan Harapan memerlukan enam bulan lagi untuk membaiki kononnya kerosakan yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya dan membawa negara kembali ke landasan selepas mengambil alih pentadbiran pada Mei tahun lepas.

Mungkin Daim lupa janji-janji dan manifesto PH yang dengan angkuh dan sombongnya mendakwa mereka mampu menunaikannya HANYA dalam masa 100 HARI pentadbiran PH tapi Daim perlu ingat bahawa rakyat Malaysia tidak lupa. Mereka menuntut janji tersebut.

Malah makin menyedihkan apabila keadaan ekonomi Negara dan kebajikan rakyat merudum dengan teruk. Berjuta-juta rakyat hilang pekerjaan, harga barang melambung tinggi, harga komoditi jatuh teruk. Malaysia yang aman makmur sebelum ini tidak lagi dianggap sebagai syurga rakyat. PH jadikan hidup rakyat bagaikan dalam neraka. Rakyat mula bangkit.

Isu pemimpin pakatan yang menipu sijil kelayakan juga menguris hati rakyat yang memilih mereka dalam PRU14. Menteri-menteri yang tidak berkelayakkan memegang portfolio penting mengusarkan ramai pihak. Kini Daim pula bertindak melebihi PM. Apa nak jadi dengan Negara kita? – My-TV.online

http://pakdin.my/tag/daim-zainuddin