Akhbar Utama Indonesia Mohon Maaf Kepada PM Dan Isteri

Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menyiarkan laporan tidak tepat.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

DIDIK BUDIARTO/WAKIL TV3 JAKARTA
“Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas. Saya akan bacakan sedikit pasal permohonan maaf itu….atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.”

Dalam laporan itu pula, Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib pula terperanjat dan menyesali laporan pasal Syarikat Perimekar Sendirian Berhad dan isu pasal mafia Russia.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.

DIDIK BUDIARTO/WAKIL TV3 JAKARTA
“Untuk meluruskan pemberitaan yang disiarkan pada 4 Ogos itu pula, dalam dua hari berterusan Kompas juga menyiarkan dua laporan berturut-turut hasil wawancara dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib malah ia meletakkannya pada laman pertama.”

Dalam wawancara khas itu, Datuk Seri Najib pula menyatakan betapa pentingnya mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Malah dalam laporan bertajuk “Dua kali Perdana Menteri Najib kunjungi tanah leluhur”, Kompas melapor pasal betapa dekatnya beliau dengan Indonesia kerana sejatinya Perdana Menteri masih keturunan kerajaan Gowa di Sulawesi.

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.