26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Ambillah Petunjuk Bila Agong Tak Layan, Sultan Tak Suka

20160922-mahathir-tak-siuman

Politik negara bertambah kecamuk apabila orang yang veteran dan sepatutnya duduk diam sambil melayan cucu masih lagi sibuk dengan politik kacau mengacau.

Setakat peka kepada politik dan mahu kebaikan untuk negara itu boleh diterima kerana semua orang ada hak menegur dan mengkritik.

Namun apabila orang seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memainkan peranan, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi dan campur tangan melampau dalam politik negara, inilah yang dikatakan sebagai pengacau, jika belum lagi bertaraf pengkhianat dan petualang.

Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong menolak hasrat Tun Mahathir kerana tidak masuk campur politik kepartian, tambah lagi dengan tandatangan yang dibawa oleh Tun Mahathir itu mencurigakan, ia jelas menunjukkan politik Mahathir sudah kelam dan celaru.

Tun Mahathir sepatutnya faham bahawa dalam sistem negara kita, tidak ada cara begitu yang cuba dibawanya.

Jika ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong itu satu penghinaan, ia menjadi bertambah parah apabila Sultan Johor turut menemplak dengan titah baginda yang berbunyi “ Janganlah kita hiraukan kata-kata orang tua yang seakan hilang akal ini”.

Walaupun baginda tidak menyebut nama orang yang dimaksudkan, namun satu dunia tahu siapakah orangnya.

Jika penyokong Pribumi dan ProTun amat megah dengan hak bersuara dan menyatakan UMNO tiada lagi kebebasan untuk bersuara, maka anggaplah ini satu lagi hasil kebebasan bersuara,

Jika ProTun selalu bangga pemimpin mereka ditolak oleh UMNO kerana berani bersuara, kini terimalah hakikat Sultan pun sudah bersuara dan terimalah apa yang dititahkannya.

Masalah kepada Tun Mahathir adalah penyokongnya yang kuat mengampu serta memuja dan mereka ini tidak jujur untuk menegur kesalahan beliau.

Atau, mungkin Tun Mahathir sendiri tidak pernah terima pendapat orang bawahan semenjak dulu lagi.

Kini, dengan titah Tuanku, maka jelas sekali, satu nasihat untuk rakyat seluruh negara amnya dan rakyat Johor khasnya, supaya akur dan berfikir dua kali sebelum menyokong individu yang dimaksudkan itu.

Baginda Sultan tentunya sudah dimaklumkan hal sulit berkenaan kehendak Tun Mahathir dimana penyokong beliau sendiri tidak berani bertanya. Ada perkara yang tidak boleh diumumkan bagi menjaga aib jadi ambil sahaja yang di atas dasar itu iaitu supaya menjauhi individu perosak ini.

Seperti ubat, ia masih baik ketika tarikhnya “valid” namun akan menjadi racun jika melepasi tarikh tamat tempoh, begitu juga dengan Tun Mahathir.

Sultan sememangnya tidak campur urusan politik dan “above’ politik tetapi memberi nasihat supaya jangan hirau kepada orang tua yang hilang akal ini adalah satu amanat kepada rakyat disebabkan sejarah `orang tua’ terbabit.

Akhir sekali ambillah petunjuk , apabila sudah berusia lebih 90-an tetapi kena tempelak daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam jarak seminggu , tentu ada yang tidak kena.

Mohon pentaksub muhasabah diri.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan