Angkat Azalina jadi speaker, parlimen perlukan banyak pembaharuan – Shabery Cheek - pakdin.my

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan mungkin tidak terlambat sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memikirkan peranan yang lebih besar untuk Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya, Azalina yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat patut diangkat menjadi Speaker dan mesti dimulakan untuk sesi bulan depan ini.

“Reformasi sistem demokrasi kita mesti bermula dari Parlimen kita sendiri. Parlimen yang kita lihat sekarang perlukan banyak pembaharuan untuk menuju satu tahap baru bagi meletakkan Parlimen kita ke kelas dunia,” tulisnya dalam satu catatan di Facebook.

Tambahnya, apa yang dilihat kini hanyalah perbahasan di dewan utamanya, walhal bagi pembuat undang-undang sepatutnya lebih banyak kerja-kerja di peringkat lebih kecil tetapi mendalam.

“Misalnya kerja-kerja di peringkat pelbagai Jawatankuasa Parlimen atas sesuatu hal. Perlunya ada pendengaran awam terhadap sesuatu dasar yang memerlukan pemurnian yang lebih halus.

“Semuanya ini memerlukan seorang ketua Parlimen yang dinamik, seorang demokrat dan tidak mudah tunduk kepada tekanan politik mana-mana pihak,” ujarnya.

Jelasnya lagi, demokrasi perlukan pendidikan yang menyeluruh.

“Perlu lahirkan lebih ramai demokrat. Mesti membudaya dalam semua segi. Bukan soal menang kalah pilihan raya semata-mata.

“Parlimen bukan hanya punca kuasa untuk terus mencari kuasa. Ia adalah sekolah untuk mengajar erti kebertanggungajawaban di atas amanah yang diterima,” katanya.

Begitu juga katanya Speaker bukannya hanya pekerjaan kerana duduk di kerusinya sahaja malah ia adalah tanggungjawab untuk membawa perubahan untuk Malaysia tercinta. – UMNO ONLINE

UTAMABERITAAngkat Azalina jadi speaker, parlimen perlukan banyak pembaharuan – Shabery Cheek

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium