Anwar Jangan Bermuka-Muka: Perdana Menteri - pakdin.my

..

Jangan bermuka-muka dengan alasan yang berbeza setiap kali bertemu individu berbeza.

Itu di lontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tersepit dengan kata dua PAS – tarik balik sokongan kepada Israel atau saman akhbar Wall Street Journal.

Ketika sikap Datuk Seri Anwar terus sukar di ramal kerajaan pula sebaliknya.

Dalam isu Palestin Malaysia komited dengan perjuangan dan kepentingan Palestin.

Namun, pemimpin pembangkang itu masih dengan taktik lama – mengeluarkan kenyataan berbeza apabila bertemu kelompok berbeza, hanya kerana mahu meraih sokongan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Anda tidak boleh membezakan pendapat anda antara satu kumpulan dengan kumpulan lain, anda mesti konsisten dalam pendirian kerana apa juga yang anda nyatakan tidak kira di Bachok atau Jerantut sekalipun, itulah yang akan di laporkan ke seluruh dunia.

Hamas dan PLO tahu yang pendirian sebegitu (kenyataan Anwar) Bukan pandangan kerajaan dan mereka tahu malaysia sangat menyokong matlamat Palestin

UTAMABERITAAnwar Jangan Bermuka-Muka: Perdana Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium