27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

#Bajet2016: Ku Li anggap Bajet 2016 sempurnakan tuntutan rakyat

kuli-undi-tidak-percaya

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menganggap Bajet 2016 yang dibentangkan semalam sebagai memenuhi tuntutan rakyat terutama golongan pendapatan sederhana dan ke bawah.

“Kerajaan telah menyediakan pakej terbaik untuk rakyat menerusi pembentangan bajet semalam dan menepati hampir keseluruhan sasaran walaupun mungkin ada satu dua perkara yang boleh ditambah baik,” katanya.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, ditemui pemberita selepas melawat tapak binaan rumah mangsa banjir di Kampung Batu Papan Dua di sini hari ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah menyediakan bajet seimbang untuk semua dan terimalah apa yang dibentangkan itu,” katanya.

Bajet 2016 bertema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat itu merangkumi peruntukan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion bagi 2015.

Mengenai pembinaan rumah mangsa banjir pula, Tengku Razaleigh berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM6 juta bagi tujuan itu.

Namun, beliau kecewa dengan proses pembinaan yang menjadi lewat akibat syarat terlalu banyak yang dikenakan pihak tertentu.

“Cadangan kita nak bina 100 unit tetapi hanya lulus pembinaan 40 unit sahaja kerana halangan tertentu. Saya akan usahakan supaya ia dapat disiapkan juga sebelum Disember ini,” katanya.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah, ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamat.

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan