25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Bomba nafi gambar puting beliung di Miri seperti disebar di media sosial

bukan-puting-beliung-miri

Miri: Gambar fenomena puting beliung yang tersebar di laman sosial sejak petang tadi bukan berlaku di Miri seperti yang didakwa segelintir pengguna laman sosial.

Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong, menafikan berlaku puting beliung di kawasan Miri seperti yang tersebar di laman sosial, sebaliknya difahamkan berlaku di Brunei.

“Saya tahu gambar itu sudah tersebar di laman sosial dan tidak tahu apa niat si penyebar berita kerana ia hanya menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Bagaimanapun, angin kencang dan hujan lebat memang melanda bandar raya ini petang tadi,” katanya.

Angin kencang dan hujan lebat yang berlaku lebih sejam antara 2 hingga 3.30 petang di bandar raya itu mengakibatkan pokok tumbang di kawasan Holiday Park, Servay Jaya dan Bakam. Namun tiada sebarang tidak diingini berlaku.

Katanya, selain beberapa pokok tumbang di lokasi kejadian, ada beberapa bumbung bangunan yang diterbangkan angin, termasuk atap jejantas pejalan kaki di sekitar bandar raya ini tetapi kejadian tidak serius.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

“Keadaan terkawal dan saya mengingatkan orang awam tidak percaya membuta tuli dengan penyebaran gambar mengenai kejadian ini di Internet, sebaliknya berhubung dengan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan situasi panik,” katanya.

Harian Metro difahamkan, di Kampung Punah, Lawas, beberapa rumah penduduk terjejas apabila atap rumah mereka diterbangkan angin dan pokok tumbangm ketika ribut melanda kawasan berkenaan, petang semalam.

Berita Berkaitan

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

PRN Sabah: Calon DAP bertanding guna lambang Warisan

Calon DAP akan bertanding pada Pilihan Raya Sabah menggunakan lambang Warisan. Setiausaha Agung Lim Guan...

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN

Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk...

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas...

PKR Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Sabah

Presiden PKR Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal pagi ini untuk membincangkan...

#PRNSabah: Warisan Tumbang

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan