25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Buku “The ‘I’ Files: Lagi Pendedahan Mengenai Anwar

Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk “The “I†Files†tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4 boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan bacaan penulis, “I†pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim†atau “Anwar Ibrahim†bagi orang Malaysia.

Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar. Setahu penulis, “John Smith†adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.

Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran. Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.

Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’ Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.

Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka.

Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim†menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.

Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.

Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.

Apa yang pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.

Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi – kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya.

Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!

Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama. Namun, ia tetap wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan