COVID-19: Pemimpin PH Nampak ‘Bodoh’ Kritik Kerajaan Tangani Pandemik - pakdin.my

(Ismaweb) – Sikap lantang pemimpin Pakatan Harapan (PH) mempertikai usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani wabak COVID-19, hanya menonjolkan kebodohan mereka.

Timbalan Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, jika PH jujur berfikir maslahat rakyat, sudah tentu parti itu telah mengambil langkah tepat ketika berada di posisi kerajaan, sewaktu COVID-19 mula di kesan di negara ini.

Beliau berkata, tindak-tanduk PH – yang tumbang selepas 22 bulan memerintah – jelas seperti menangguk di air keruh dengan mencari sedikit kesilapan kerajaan sekarang untuk menghasut rakyat.

“Apa yang mereka lakukan sebenarnya telah menjadikan lebih ramai rakyat benci kepada mereka. Saya yakin di PRU akan datang mereka akan kalah teruk. Mereka mungkin tidak sedar.

“Tetapi, percayalah jika mereka tidak mengubah sikap dan pendekatan mereka akan terkubur teruk dalam PRU akan datang.

“Rakyat sudah muak dan berasa tidak perlu kepada ahli politik yang telah ternyata gagal mentadbir negara selama 22 bulan dan masih bersikap seperti orang gila talak ketika menjadi pembangkang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan pemimpin PH dan penyokongnya mengkritik cara kerajaan PN menangani wabak pandemik, yang kini sudah mencecah lebih 1,000 kes di Malaysia.

Bahkan, ada di antara mereka yang memperlekeh kebolehan menteri kesihatan dan mencadangkan supaya mengembalikan bekas menteri dari PH, Datuk Dr Dzulkifli Ahmad ke posisi berkenaan.

Mengulas perkara itu, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, cadangan pertukaran menteri kesihatan adalah tidak wajar dan tidak sesuai dengan keadaan semasa negara.

Menyelar pelbagai idea tidak masuk akal daripada PH, beliau berkata, jika parti itu jujur mahu menyelamatkan negara, sudah tentu Ahli Parlimennya turun padang menyampaikan apa sahaja bantuan kepada masyarakat pengundi di kawasan mereka.

“Sebahagian daripada kawasaan ‘hotspot’ kes wabak adalah di tempat Parlimen PH. Begitu juga sebahagian kawasan yang masih degil tidak mahu duduk diam di rumah juga berada di kawasan Parlimen mereka.

“Sepatutnya paling kurang mereka menumpukan usaha ke arah yang boleh meringankan beban pihak keselamatan dan petugas dengan menjaga kawasan Parlimen masing-masing,” katanya.

UTAMABERITACOVID-19: Pemimpin PH Nampak ‘Bodoh’ Kritik Kerajaan Tangani Pandemik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium