30 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

DAP Desak Muhyiddin Iktiraf UEC

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mengotakan janji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagaimana dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, ketiadaan Muhyiddin dan Bersatu dalam PH dengan beliau dan partinya kini mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan satu alasan baik untuk mengenepikan janji pengiktirafan yang pernah dipersetujui mereka.

Menurutnya, beliau pernah memberitahu Muhyiddin bahawa janji pengiktirafan UEC adalah janji DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan ia juga akan dimasukkan semula sebagai janji manifesto PH sewaktu ditubuhkan.

“Sebelum PRU14, Muhyiddin pernah mengatakan beliau tidak bersetuju dengan pengiktirafan UEC jika PH menang dlm PRU nanti (melalui wawancara khas bersama akhbar Sin Chew Daily pada 10 Januari 2017).

“Saya memandang serius dan pernah memberitahu Muhyiddin bahawa pengiktirafan UEC adalah janji DAP dan PR, ia juga akan dijanji semula dlm manifesto PH nanti.

“Beliau seharusnya menghormati pendirian DAP dan PH sebagai ‘orang baru’ dalam PH (akhirnya Muhyiddin dan Bersatu pun bersetuju janji pengiktirafan UEC dimasukkan dlm manifesto PH),” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Ronnie berkata, beliau berharap Muhyiddin tidak akan lupa rasional di sebalik usaha pengiktirafan UEC sebagaimana dibentangkan DAP sebelum ini dengan beliau diharapkan akan terus memberikan pengiktirafan kepada sijil itu.

“Beliau (Muhyiddin) dan Bersatu tidak lagi dalam PH bukan satu alasan atau pun ‘excuse’ yang baik.

“Janji mesti dikotakan dan bukan ‘dicapati’” katanya.

Semalam media tempatan melaporkan dakwaan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) bahawa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Huazong berkata, Muhyiddin menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan lain mengenai isu UEC.

“Bagaimanapun Perdana Menteri meminta semua pihak memahami dasar dan keadaan dalam negara,” kata pertubuhan itu

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah: Bung Moktar akui, kecewa dengan prestasi BN

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah mengakui kecewa dengan prestasi parti itu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Bung...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan