25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

DAP Tidak Akan Ke Kawasan Luar Bandar Untuk Raih Sokongan Rakyat – James

SIBU: tidak akan pergi jauh ke akwasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan neegri, kata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

“Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

“Adalah senang untuk mengkritik…jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

Walau apa pun keputusan pilihan raya negeri lepas hendaklah sebagai pentunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang,” kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Dr Masing yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Balleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cedekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada pilihan raya parlimen akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

“Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS boleh mengekalkan semua kerusi itu. Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalua Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau,” katanya.

Dr Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...