Gempa Bumi Sederhana 5.9 Landa Sabah - pakdin.my

gempa-sabah-ranau-3
keadaan gempa di Kundasang, Sabah

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau.

Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Pilly Dewi Ros yang berada di Kota Kinabalu bagi menghadiri perkahwinan adik perempuannya berkata gegaran itu sungguh menakutkan beliau.

“Saya terpaksa berpaut pada meja ketika gegaran itu berlaku,” katanya.

gempa-sabah-ranau-2

Katanya, kejadian pada 7.23 pagi itu yang dirasai selama lima saat menyebabkan orang ramai lari keluar bangunan.

Pengalaman yang sama turut dirasai penyunting Bernama, Nor Hasliza Abdullah yang kini bercuti di Kota Kinabalu bersama-sama 11 anggota keluarganya.

Beliau dan keluarga menginap di sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya itu.

Katanya ketika kejadian berkenaan, beliau sedang bersiap untuk keluar dan menunggu anak perempuannya mandi.

“Tiba-tiba rasa hotel seperti berayun lebih kurang 10 hingga 15 saat. Anak saya terus lari keluar dari bilik air sambil menjerit.

“Saya terus menjengah tingkap dan lihat ramai orang lari keluar bangunan,” katanya dan menambah keadaan itu benar-benar mencemaskannya walaupun menginap di tingkat satu.gempa-sabah-ranau

Hasliza berkata pagi ini mereka sepatutnya pergi ke Kundasang untuk melawat Taman Kinabalu dan untuk melihat Gunung Kinabalu, bagaimanapun mereka terpaksa membatalkan rancangan itu selepas mendengar berita berlaku kejadian gempa di kawasan tersebut dan bagi memastikan keselamatan terjamin.

Selain itu mereka juga merancang untuk mengelilingi pulau-pulau berhampiran kawasan berkenaan, bagaimanapun terpaksa dibatalkan kerana khuatir keadaan yang tidak diingini berlaku.

Sehubungan itu beliau berharap Jabatan Meteorologi dapat memaklumkan segera status terkini bagi membolehkan orang ramai dan pelancong khususnya merancang percutian mereka.

UTAMAGempa Bumi Sederhana 5.9 Landa Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium