Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital - pakdin.my

hadi awang 8-1-2013

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikejarkan ke hospital Istanbul, Turki, malam Jumaat setelah mengalami masalah pernafasan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Setiausaha Politik Hadi Awang telah mengesahkan perkara itu setelah beliau dihubungi.

“Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki.

“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

“Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, malam JUmaat.

Ahli Parlimen Marang itu berada di Turki atas urusan lawatan rasmi bersama beberapa pemimpin politik negara itu.

UTAMAHadi Awang Dikejarkan Ke Hospital

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium