Harga Petrol Malaysia turun dari ke-15 kepada ke-14 terendah didunia - pakdin.my

harga-petrol-malaysia-14-terendah

Dalam tempoh dua bulan yang lalu, Harga petrol di Malaysia telah berada ditahap ke-14 harga termurah didunia berbanding ke-15 sebelum ini (sebenarnya ke-13 paling murah bersama dengan UAE). Tak tahulah pada harga berapa petrol Malaysia perlu lebih murah sehingga orang-orang seperti Rafizi dan zombie akan merasa puas hati.

Jika kerajaan menaikkan harga petrol, mereka akan berkata kerajaan adalah zalim.

Jika kerajaan mengurangkan harga petrol, mereka akan berkata kerajaan adalah zalim kerana tidak mengurangkan lagi harga petrol.

Itulah permainan mereka?

Tidak pasti apakah cara yang Malaysia perlu ada bagi menjadikan petrol antara yang paling murah di dunia daripada 190 negara.

Apa yang lebih jelas ialah jurang harga sebenar dengan negara-negara yang lebih murah daripada kita telah mengecil, banyak negara-negara telah mengurangkan subsidi dan/atau menaikkan harga minyak mereka.

Sebagai contoh, pada bulan November, harga petrol Arab Saudi adalah RM0.69 dan harga di Brunei adalah RM1.61 – jurang perbezaan harga adalah RM1.36 dan RM0.44.

Sekarang jurangnya tidak terlalu jauh, Arab Saudi (RM0.86) dan Brunei (RM0.27).

Kita sentiasa iri hati terhadap harga petrol di Brunei tetapi sekarang jurang ini hanya 27sen seliter – kita tidak pernah membayangkan akan berlaku sebelum ini.

Dan jurang harga akan terus mengecil pada bulan-bulan berikut.

Jangan terkejut jika satu hari nanti harga petrol kita akan menjadi lebih murah daripada harga petrol Brunei.

UTAMAHarga Petrol Malaysia turun dari ke-15 kepada ke-14 terendah didunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium