25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) Gagal #KL112 #AsmaraShamsidar

HKR ShamsidarMedia-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.

Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’. Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.

Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta. Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.

Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai. Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang. Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.

Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000. Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi. Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.

Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.


Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong. Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’.

Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan. Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi. Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu. Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong. Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.

Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial, nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.

Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan