27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Imej Baharu Raja Ema Tetap Ada ‘Ropol-Ropol’

 raja ema

Penyanyi dan pelakon Raja Ema, 45, akan memberi kelainan terhadap soal penampilan selepas memutuskan untuk membuat kemunculan semulanya dalam industri hiburan tanah air.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman ini berkata, ia bertujuan agar peminat baharu dan lama menyedari kewujudannya semula.


“Ini adalah penampilan terbaru saya dan saya mahu bawa gabungan penampilan antara baru dan lama tetapi imej ropol-ropol akan tetap dikekalkan kerana ia adalah ‘trade mark’ saya.

“Saya rasa ia tidak salah dan bagi saya kelainan ini akan membuatkan peminat saya sedar kewujudan semula saya dalam industri,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Raja Ema, kemunculan semula dalam industri ini lebih membuatkannya bersemangat melalui hidup sebagai ibu tunggal.


“Saya tidak mahu patah semangat, walaupun masa bersama anak-anak semakin kurang tapi ia merupakan satu pengorbanan.

“Anak-anak juga sudah besar dan memahami kerja saya,” kata ibu kepada Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17.

Sementara itu, bercerita sambutan Hari Rraya, Raja Ema berkata perayaan kali ini disambut dengan lebih meriah.


“Raya kali ini saya sudah siapkan beberapa pasang baju, begitu juga baju anak-anak lebih banyak daripada tahun lalu.

“Insya-Allah kalau ada rezeki memang ada rancangan untuk buat rumah terbuka tapi tidak tahu tarikh yang sesuai lagi,” katanya.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan