25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Jumlah perdagangan Malaysia catat RM156.01 bilion pada Januari 2018

Jumlah perdagangan Malaysia pada Januari 2018 melonjak 14.9 peratus kepada RM156.01 bilion berbanding Januari 2017, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI berkata, pertumbuhan perdagangan direkodkan dengan ASEAN, Hong Kong, Kesatuan Eropah (EU), China, India, Taiwan dan Korea Selatan.

“Eksport merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih kukuh berbanding import, dengan pertumbuhan dua digit pada 17.9 peratus kepada RM82.86 bilion.

“Ini merupakan eksport bulan Januari tertinggi dicatatkan setakat ini, mengatasi RM70.27 bilion direkodkan pada Januari 2017,” menurut MITI dalam laporan perangkaan perdagangan luar Malaysia yang dikeluarkannya hari ini.

MITI berkata, sementara itu import berkembang 11.6 peratus kepada RM73.15 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM9.71 bilion.

Lebihan dagangan ini adalah yang ke-243 bulan berturut-turut direkodkan sejak November 1997.

“Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang 3.0 peratus, 4.4 peratus dan 1.5 peratus,” katanya.

MITI berkata, prestasi eksport yang kukuh pada Januari 2018 dipacu oleh pertumbuhan eksport semua sektor utama dengan eksport barangan perkilangan merekodkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 20.4 peratus manakala hasil galian dan keluaran pertanian masing-masing berkembang 8.5 peratus dan 6.2 peratus. – Bernama






Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan