Jurutera, juruterbang Air India bergaduh - pakdin.my

air-india-jurutera-bergaduh

LONDON  – Gara-gara pergaduhan antara juruterbang dan jurutera, satu penerbangan syarikat Air India dari Chennai ke Paris terpaksa ditangguhkan selama tiga jam, awal pagi semalam.

Menurut laporan portal Mail Online, pesawat terbabit tiba dari Mumbai dan dijadualkan berlepas pada pukul 9.45 pagi (1.15 waktu Malaysia) tetapi mengalami masalah teknikal.

Jurucakap syarikat Air India, G.P Rao mengesahkan juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Manik Lal menyerang jurutera pesawat, V.T Kannan di dalam kapal terbang penumpang yang bersedia untuk berlepas.

Jelas Rao, pergaduhan tersebut tercetus dipercayai akibat pertikaian antara kedua-dua lelaki berkenaan apabila Manik menyuarakan rasa tidak yakin masalah teknikal penerbangan AI 143 itu telah selesai, sekali gus enggan meneruskan penerbangan.

“Manik tidak gembira melihat ramai orang (jurutera) di dalam kokpit dan menghalau mereka keluar.

“Namun tindakan Kannan kemudiannya memasuki kokpit untuk cuba memberi penjelasan berakhir dengan pergaduhan apabila Manik didakwa menumbuk jurutera itu,” kata Rao.

Bagaimanapun Rao berkata, pesawat yang membawa 122 penumpang itu hanya berlepas selepas tiga jam kemudian apabila pihak syarikat mengarahkan Manik diganti dengan juruterbang lain.

“Siasatan berhubung insiden berkenaan telah dijalankan dan Kannan dilaporkan mengalami kecederaan kecil di bahagian dagu,” katanya

UTAMADUNIAJurutera, juruterbang Air India bergaduh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium