27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Kalau Anwar PM, Anwar akan buat apa?

  • – Tanpa menyebut secara khusus, Anwar mendakwa, ketika kerajaan Perikatan Nasional menegaskan kepada pihak lain agar tidak berpolitik
  • – Anwar dan Lim Kit Siang sebelum ini berulang kali menggesa sidang parlimen tergempar diadakan bagi meluluskan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion

(Malaysiakini) – Anwar Ibrahim hari ini berdepan soalan apakah yang akan dilakukannya bagi menangani wabak Covid-19 kalau beliau sekarang menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu ditanya soalan berkenaan dalam sidang media atas talian yang dilakukannya hari ini.

Menjawab soalan itu Anwar berkata beliau bukanlah perdana menteri, tetapi tetap menekankan pentingnya sidang khas parlimen diadakan bagi membincangkan masalah wabak yang melanda negara sekarang.

“Saya bukan perdana menteri (tapi) saya dah cadangkan. Ini cadangan, (diadakan) sidang parlimen yang khas. Bincanglah dengan semua, dah (kerajaan) kata kita tak politik,” kata Anwar.

Tanpa menyebut secara khusus, Anwar mendakwa, ketika kerajaan Perikatan Nasional menegaskan kepada pihak lain agar tidak berpolitik, mereka sendiri mengatur permainan politik sehingga ke peringkat akar umbi.

“Apa kerja dia? Atur jentera politik dia di setiap daerah dan kawasan parlimen untuk bahagi dan potong musuh-musuh politik ini.

“Ini kerja haru-biru. Ini, kalau tanya saya, Tan Sri Muhyiddin dan pasukannya betulkanlah keadaan begini?

“Kalau (ikut) cakapnya, kita tumpu ekonomi dan rakyat, tak ada politik… tapi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) semua orang kita,” sindir Anwar, dipercayai merujuk kepada lantikan anggota parlimen kerajaan bagi menerajui GLC.

Sementara itu, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson turut memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sekiranya Dewan Rakyat dipanggil untuk bersidang bagi membahaskan krisis Covid-19.

“Saya membuat gesaan khusus supaya sidang khas Parlimen diadakan bagi membahaskan tindakan yang perlu diambil berkenaan Covid-19 dan saya beri jaminan bahawa isu usul undi tidak percaya tidak akan dibangkitkan,” katanya.

Sebaliknya, kata Anwar, usul undi tidak percaya akan dikemukakan dalam sidang lain.

Pada masa sama, presiden PKR itu menegaskan kerajaan PN tidak boleh menggunakan isu krisis Covid-19 untuk mengukuhkan kedudukan mereka selepas membentuk kerajaan melalui kerjasama pelbagai parti baru-baru ini.

Awal bulan ini Anwar mencadangkan supaya Parlimen bersidang untuk membahaskan pakej rangsangan RM250 bilion yang diumumkan Muhyiddin kerana sehingga kini ia masih masih belum dibentangkan.

Anwar dan Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, juga sebelum ini berulang kali menggesa sidang parlimen tergempar diadakan bagi meluluskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai RM250 bilion dan membahaskan “penggerakkan semula paling awal enjin ekonomi Malaysia”.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan