26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Kerajaan PH yang dikuasai DAP lupa bela graduan lepas dapat gaji menggunung- GAMIS

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan pengumuman berhubung potongan gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 sebagai “mengejutkan” dan membebankan golongan yang berpendapatan rendah.

“Ini adalah polisi yang sangat membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian mereka,” kata presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai dalam kenyataan media hari ini.

Persatuan mahasiswa itu juga menyifatkan kerajaan PH “seolah-olah melupakan” tujuan perjuangan untuk membela golongan graduan dan rakyat berpendapatan rendah.

“Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.

“Kerajaan PH seolah-olah telah melupakan tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang menggunung selepas menjadi menteri di dalam kerajaan Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk pengumuman dalam Belanjawa 2019 bagi pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Dalam ucapan pembentangannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Untuk rekod, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji PH adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.

Sementara itu, Faizuddin berkata pendekatan yang mahu diambil kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka ke pengajian yang lebih tinggi.

“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang didiskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12.

“Kami mahasiswa konsisten mengatakan bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi,” katanya.

https://pakdin.my/tag/ptptn






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan