28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Kerjasama Umno-PAS tidak dapat elak, MCA kekal dalam BN

MCA semalam memutuskan untuk terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Jawatankuasa Pusat MCA dalam satu kenyataan berkata keputusan itu bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum dan memastikan tidak berlaku kecondongan politik berteraskan perkauman.


”Jawatankuasa Pusat MCA memilih untuk kekal dalam BN, MCA mahu memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman antara Melayu dengan bukan Melayu.

“Soal kepelbagaian tidak boleh diketepikan dalam landskap politik,” menurut kenyataan itu di sini.


Katanya kerjasama Umno dan PAS adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun parti komponen yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak seharusnya mengambil kira prinsip konsensus dan kepelbagaian dalam BN.

Sebelum ini media melaporkan bahawa MCA dalam resolusi Mesyuarat Agung Tahunannya tahun lepas mengusulkan supaya mandat diberi kepada jawatankuasa pusat BN untuk membubarkan gabungan itu dan memulakan usaha mewujudkan satu pakatan baharu.


Namun, pada 8 Mac lepas, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa MCA dan MIC kekal sebagai parti komponen BN. —Bernama

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan