Kilang fitnah DAP dibuka semula #PRKSemenyih - pakdin.my

Ya, saya akui saya memang antara pemikir publisiti DAP yang mencipta persepsi negatif terhadap BN dan Datuk Seri Najib Razak serta pimpinan UMNO lain sebelum PRU14.

Ya, saya juga individu yang dipecat dari DAP (jawatan dan keahlian) setelah keluar di TV, akhbar dan portal berita 5 hari sebelum PRU 14 berpesan kepada rakyat terutama orang Melayu – “Jangan undi PKR kerana DAP akan kuasai Malaysia”.

Hari ini, saya ingin dedahkan bahawa DAP, dalam masa terdekat, akan buka semula ‘kilang fitnah DAP’ setelah ia ditutup selepas menawan Putrajaya bulan Mei yang lalu.

Saya dapat maklumat sahih bahawa tokong besar bangsa DAP mengarahkan CEC mengaktifkan semula pasukan fitnah DAP yang berselindung di sebalik pelbagai nama (Cina guna nama Melayu), guna nama UMNO, guna nama PAS untuk menggagalkan penyatuan ummah yang kini menjadi ancaman kepada bangsa DAP.

Saya nak beri amaran – walaupun mereka ini akan menggunakan taktik yang sama – fitnah, fitnah & fitnah lagi (kerana fitnah tak perlu ada bukti) tetapi kali ini fitnah itu lebih dahsyat, lebih kejam dan tanpa selindung kerana sudah jadi kerajaan dan mempunyai dana yang banyak.

Kalau sebelum PRU14, mereka boleh habiskan hampir RM1 juta untuk viralkan bahan-bahan propaganda (belum termasuk gaji kakitangan dan studio canggih), bayangkan berapa yang mereka sanggup belanjakan hari ini untuk tutup kegagalan tunaikan manifesto dan sembunyikan pergolakan yang berlaku dalam PH hari ini.

Ehh, dari mana datang dana sebesar hampir RM1 juta untuk viralkan bahan propaganda sahaja sedangkan sebelum PRU14, DAP hanya pegang Pulau Pinang dan Selangor saja. Itu belum termasuk trak Ubah, kempen mewah DAP di seluruh negara.

Kepada rakan-rakan dalam UMNO, PAS, sahabat-sahabat NGO dan semua netizan yang sokong penyatuan ummah demi Melayu, demi Islam, berhati-hati dan bersiap-sedia untuk menangkis serangan maha dahsyat oleh pasukan ‘fitnah’ DAP ini.

Oleh: Amran Ahmad Nor

UTAMAPILIHAN RAYAKilang fitnah DAP dibuka semula #PRKSemenyih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium