26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Krisis Air: Isteri MB Selangor mohon maaf

Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad memohon maaf berhubung tindakannya memuat naik beberapa keping gambar yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air di negeri ini.

Gambar lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berada di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor dan ahli keluarganya mandi di kolam renang di kediaman terbabit tular di media sosial sejak semalam.

Masdiana mengakui kekhilafan memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran tetapi menafikan dakwaan bahawa lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi itu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera…Saya menyedari kekhilafan di pihak saya memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.

“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, beliau akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air terutama golongan ibu dan warga emas.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan