Krisis pembangkang semakin panas - pakdin.my

hudud pakatan pembangkang

Episod perbalahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksa­naan hudud di Kelantan berterusan sehingga mengheret pimpinan kedua-dua parti tersebut dalam kancah pertikaman lidah secara terbuka.
Mustafa Ali

Krisis semakin hangat apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengecam DAP kerana membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempat­an (PBT) di Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa, DAP tidak pernah membentangkan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang justeru, bantahan parti itu terhadap pelaksanaan hudud boleh dianggap sebagai cakap tak serupa bikin.
Advertisement

“Isu hudud pula berbeza kerana pakatan pembangkang pernah membincangkannya dalam me­s­yuarat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Kita juga memperakui soal hudud mengatasi pakatan pembangkang kerana undang-undang itu telah diluluskan di Kelantan sebelum pakatan pembangkang wujud,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mustafa menambah, DAP sepatutnya sedar Pas perlu menunaikan janjinya untuk melaksanakan hudud di Kelantan setelah mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1990.

Rabu lalu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menegaskan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud perlu dikritik pihaknya secara terbuka kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dipersetujui majlis pimpin­an pakatan pembangkang.

Malah, Anthony mene­gaskan, cadangan pelaksanaan hudud di mana-mana negeri di Malaysia bukan dasar bersama yang dipersetujui dalam pakatan itu.

Sebelum itu, Mustafa dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily Isnin lalu menyatakan, pimpinan DAP sering memburuk-burukkan Pas.

Mustafa juga menuduh DAP telah melupakan hasrat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana berpuas hati selepas me­nguasai Pulau Pinang serta meraih sokongan besar pengundi Cina.

UTAMAPOLITIKKrisis pembangkang semakin panas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium