Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Global

All countries
231,526,064
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
206,496,795
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
4,745,040
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Lelaki didenda S$2,000 ternak 25 ayam dalam flat HDB; jual di Facebook

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun didenda S$2,000 pada Rabu (18 Ogos) kerana menternak lebih 24 ekor ayam di flatnya di Pasir Ris bagi tujuan untuk dijual.

Warga Singapura Eric Woo Yoke Meng, menyembunyikan penjualan ayam itu dengan menjual makanan ternakan kepada para anggota kumpulan Facebooknya. Mereka “memelihara” ayam-ayam yang dibiakkannya daripada telur-telur yang dibekalkan oleh mereka sebagai sebahagian daripada aturan yang dipersetujui.

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyenggara sebuah ladang tanpa lesen di bawah Peraturan Haiwan dan Burung (Pelesenan Ladang).

Dua lagi tuduhan menyimpan lebih 10 haiwan ternakan bukan komersil di mana-mana premis serta menggunakan flat lima bilik untuk mengedarkan ayam-ayam tanpa lesen turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Pada 2019, Mediacorp melaporkan lelaki berkenaan dianggap sebagai seorang penternak ayam terkenal dalam kalangan masyarakat penternak ayam itik. Dia sering kali menawarkan anak ayam untuk dipelihara melalui kumpulan Facebook yang diasaskannya, bernama Fowl Mouthed Family, dengan bayaran dikenakan.

Bagaimanapun, hobinya itu terjejas pada Mei 2019 apabila para pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) membuat lawatan mengejut ke rumahnya ekoran maklumat yang diterima. Mereka memberitahunya bahawa menyimpan ayam di flat HDB tidak dibenarkan.

Mahkamah diberitahu pada Rabu lalu bahawa Lembaga Taman Negara (NParks) menerima maklum balas daripada seorang orang awam tentang Woo yang mengendalikan kumpulan tersebut dan menjual bungkusan makanan ternakan kepada mereka yang memelihara ayam daripadanya.

Pada 9 Julai tahun lalu, para pegawai NParks mengunjungi flat Woo dan mendapati 25 ayam disimpan dalam dua kandang dan sebuah bekas plastik.

Siasatan menunjukkan Woo menubuhkan kumpulan tersebut pada Julai 2018 untuk menggalak pemilikan dan minat terhadap ayam itik.

Dia mengumpulkan telur-telur ayam daripada para anggota kumpulan itu, menetaskannya dan menjaga ayam-ayam itu sebelum membiarkan anggota-anggota tersebut memeliharanya sebagai ganti kerana membeli dua bungkus makanan ternakan berharga S$39.90 setiap satu.

Bagaimanapun, mereka perlu memulangkan satu bungkus kepadanya untuk menyokong program pembiakannya dan menggunakan satu lagi bungkus untuk memberi makan kepada ayam yang dipelihara mereka itu.

Pendakwa NParks Wendy Tan memberitahu mahkamah: “Secara ringkas, para pemelihara akan membawa pulang dua anak ayam dan satu bungkus makanan ternakan selepas membayar S$79.80 kepada tertuduh. Tertuduh mengaku dia membeli setiap paket makanan ternakan itu pada harga S$25 daripada seorang peruncit.”

Atas kesalahan menyenggara ladang di kediamannya tanpa lesen, Woo boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

– TODAY/FZ/fz

Berkaitan