Mahathir tiada bukti kukuh menahan dan mendakwa Najib Razak

Mahathir tiada bukti kukuh menahan dan mendakwa Najib Razak

#MalaysiaMemilih #PakatanPHitnah #FaktaBukanAuta #PenyamunForex
#MahathirBapaKroni

Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.
——————
Sumber: Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155393948460952&id=157851205951
——————
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/najib-razak
http://pakdin.my/tag/mahathir
http://pakdin.my/tag/1mdb

9 Replies to “Mahathir tiada bukti kukuh menahan dan mendakwa Najib Razak

  1. Orang tua 93 tahun yg dianggap kebanyakkan pemimpin UMNO , pemuda dan puteri UMNO sbg nyanyok, lemah dan ada yg sanggup kata tidak ada negara dlm dunia yg mahu menerima PM yg berumur 93, baling gelas pun tak pecah … itulah persepsi buruk yg dilemparkan kpd Tun Dr Mahathir Mohamad yg kini sedang menjawat jawatan sbg Perdana Menteri ke 7 Malaysia. Hakikatnya para pimpinan UMNO terlalu angkuh dan biadap dgn negarawan ini , mrk merasakan apa shj hinaan yg dilemparkan kpd Tun tidak akan terkesan kpd mana mana pemimpin UMNO dan parti dlm PRU14, UMNO tetap akan menang. Itulah kebodohan mereka yg ditonjolkan kpd rakyat dan dunia.
    Rakyat bukannya tidak memerhatikan malahan mengingati setiap patah hinaan terhadap negawan mereka. Dan akhirnya hampir semua pemimpin UMNO yg menghina Tun M secara terbuka mengalami kekalahan teruk dan memalukan . Allah SWT bayar cash pada musuh musuhnya yg bongkak dan takbur dgn kuasa dan kemewahan.
    Tun M terus berucap megah dlm persidangan Nikkei , ramai yg terpaku dan ada yg tertanya bagaimana pemimpin yg berusia 93 tahun ini mampu mengupas setiap isu ekonomi sebegitu lancar dan mudah difahami. Hari ini dunia melihat dgn mata kepala mrk sendiri bahwa kuasa Allah mengatasi segalanya , pemimpin yg dianggap nyanyok dan lemah oleh para pemimpin UMNO dan BN akhirnya kembali berucap megah penuh bergaya di hadapan pemimpin ,ahli politik serta ahli2 perniagaan ternama. Syabas Tun . Malaysia kembali mendapat perhatian dan sanjungan dunia.
    Kepada pemimpin2 UMNO , insaflah … malulah pada diri sendiri, akuilah kelemahan diri. Kamu tidak pernah pun berucap dimana mana persidangan antarabangsa , tak ada org yg mahu mendengarnya kerana rata rata pemimpin UMNO tidak ada visi dan misi , lebih banyak gebang besar.

    1. Buat pembangkang PH….Mari kenal dulu jenis gas. Memang gas asli bakal mengalami kenaikkan 77 sen bermula pada 1 july.Gas asli kamu tak boleh guna untuk memasak..”yang tangki besar tu gas asli,
      Ia dikenali sebagai LNG-liquiedfied natural gas,itu yang bakal mengalami kenaikkan.Gas asli ini diguna dalam industri oleh factory besar dan juga kereta ngv.

      Dulu kerajaan bagi subsidi kepada factory ni, diaorang bayar harga gas asli dengar harga yg sangat murah. lagi murah dari harga driver teksi bayar isi ngv.
      Factory tu bukan saja kilang local tapi terdapat juga kilang2 oversea.
      Diaorang untung besar, diorang guna gas asli banyak, makin banyak diorang dapat subsidi…”jadi kerajaan tarik semula subsidi kepada factory ni yang buat untung sewenangnya.Adil kan…???

      Tong Gas silinder hijau yang kat dapur ruma tu dipanggil gas LPG-liquiedfied petroleum gas..”tidak mengalami sebarang kenaikkan yek..!!!

      Harap tuan dapat bezakan apa itu gas asli dan gas LPG.

  2. WONDERFUL OPPORTUNITY (whatsapp+60164736685)
    Welcome to Malaysia’s Finest, Gigolo Dating Agency with good track records.
    Meet wealthy SUGAR MUMMY/DADDY/AND OTHER SEXUAL ORIENTATION AROUND MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, HONG KONG, INDONESIA, UAE, TAIWAN and some other Asia countries who are ready to pay RM7500 for a wonderful night and a lot more benefits. (whatsapp +60164736685) Be among the first people in our exclusive connections. We are reliable and efficient in our job. Get the opportunity to meet them now.This is the finest and legitimate hookup Agency Malaysia got. We have sugar mummies all over Malaysia who are willing to lavish money on you with gifts, cars, house, contracts connections and even assist getting a job. (Whatsapp now +60164736685) to get connected within 24hrs and make more money. For more info or to get hooked up within 24hours to one of our rich sugar mummy/daddy, contact via whatsapp- +60164736685
    NOTE: APPLICANT MUST BE ABOVE 18 YRS OLD
    MUMMY AGE 32-50.
    (whatsapp +60164736685) for urgent hook up..