Malaysia menghadapi krisis pengangguran dikalangan belia – Murray Hunter - pakdin.my

Angka rasmi menunjukkan kadar pengangguran dikalangan belia Malaysia adalah 10.9 peratus, lebih 3 kali ganda daripada kadar pengangguran kebangsaan 3.3 peratus dan terus meningkat, keadda ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan belia yang menjadi undi penentu kepada kemenangan Pakatan Harapan mendapatkan kuasa pada Pilihan Raya 2018.

Belia menganggur membentuk hampir 60 peratus daripada 504,000 penganggur yang sedang tidak memiliki sebarang pekerjaan. [1]

Sebelum ini semasa menjadi pembangkang, Pakatan Harapan berkempen menjanjikan dasar mesra-belia untuk menangani pengangguran dikalangan belia [2]. Tetapi selepas lebih daripada satu tahun janji-janji tidak dipenuhi seperti meminda Akta Universiti & Kolej untuk membolehkan pelajar terlibat dalam politik [3], menyebabkan kekecewaan semakin meningkat dan memuncak.

Kajian Merdeka Center baru-baru ini mengenai kepuasan pemilih mendapati bahawa 42 peratus (53 peratus di kalangan orang Melayu) daripada kumpulan umur 20-30 tahun sama ada tidak berpuas hati atau marah dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Tiga segmen pengangguran belia yang berbeza dapat dikenalpasti:

Belia siswazah. Kementerian Pelajaran melaporkan [4] bahawa 57,000 daripada 173,000 graduan tahun lepas tidak berkerja selepas mencari pekerjaan selama enam bulan.

Pemuda luar bandar, mereka yang pada dasarnya tinggal di rumah dengan ibu bapa mereka dan tidak bekerja, dan

Belia bandar, yang terdiri daripada bukan siswazah yang mencari pekerjaan dalam peruncitan, pentadbiran, pemasaran, pengilangan, perhotelan, atau industri perkhidmatan lain.

Baca seterusnya disini:
https://www.asiasentinel.com/econ-business/malaysia-youth-unemployment-crisis

[1] https://www.talentcorp.com.my/key-figures/key-figures

[2] https://www.youtube.com/watch?v=WpgtrF-w5mk

[3] https://www.youtube.com/watch?v=vNviP7KElpE

[4] https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/pendidikan-tinggi/buku-perangkaan/2018-10/2408-statistik-pendidikan-tinggi-2018-bab-7-pdf/file

UTAMAPOLITIKMalaysia menghadapi krisis pengangguran dikalangan belia - Murray Hunter

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium